Sabtu, 13 Mei 2017

BUTIRAN PERIBADI






NAMA : NURUL HANANI BINTI JAMALUDDIN

NO MATRIK : A153022

PROGRAM : SUKAN DAN REKREASI

FAKULTI : PENDIDIKAN

TAHUN/SEMESTER : TAHUN 2/SEMESTE 2

ALAMAT KOLEJ : BLOK K4, KOLEJ AMINUDDIN BAKI, 

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ALAMAT TETAP : NO 23 KAMPUNG PILAH TENGAH 72000 KUALA PILAH, 

NEGERI `SEMBILAN


BLOG : nurulhanani1612.blogspot.com





Jumaat, 12 Mei 2017

10 ALAT TEKNOLOGI SUKAN


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Tugasan pertama yang harus dilakukan ialah mengenalpasti alata atau bahan pembaharuan yang terdapat dalam sukan. Maka disini kita akan dapat melihat bagaimana kemajuan era globalisasi ini dapat memberi idea dan impak terhadap industri sukan masa kini.

HAWK EYE


Satu sistem berasaskan kamera yg dibangunkan oleh Hawkeye, sebuah syarikat British yang kini milik gergasi perkakasan elektronik Sony. Hawkeye sudahpun mempunyai sistem yg serupa yg telahpun berada dalam operasi  sukan tenis dan kriket. Ia berfungsi menggunakan 6 atau 7 kamera kelajuan tinggi di kedua-dua hujung stadium, dipasang di atas bumbung. Kamera & sistem computer digunakan utk mengesan bola dalam permainan dan mengira dengan tepat di mana bola di atas padang.
Sistem ini akan menghantar satu mesej elektronik kepada peralatan penerima yg dipakai oleh pegawai perlawanan seperti sebuah jam tangan apabila sahaja bola melintasi garisan. Satu sahaja isu yg tinggal, iaitu bolehkah sistem Hawkeye berupaya melakukan tugasnya  dengan tepat seandainya bola dilindungi oleh badan penjaga gol. FIFA telah menegaskan bahawa gambar tidak akan ditunjukkan pada skrin TV atau stadium selepas kejadian sebarang kontroversi. Cuma pegawai-pegawai sahaja yang dimaklumkan sama ada bola melintasi garisan atau tidak.

ZEPP


Alat ini di cipta untuk mengukur serta menganalisa data berkenaan dengan cara pukulan bola baseball,ia mampu;-
·   Mengukur kedudukan darjah(   ⁰ ) sewaktu membuat pukulan serta kedudukan darjah (  ⁰)yang menemu bola baseball dengan kayu pemukul.
·         Mengira kelajuan tangan membuat hayunan
·         Mengira masa bola baseball bertemu dengan kayu pemukul().
Selain itu tujuan alat ini di wujudkan adalah untuk memperbaiki teknik hayunan serta menambahkan lagi pencapaian kemahiran atlet baseball.dengan bantuan alat ini juga ia mampu mempercepatkan lagi kemahiran membuat hayunan di dalam sukan ini,apa yang menariknya alat ini memiliki aplikasi di dalam telefon pintar yang terbahagi kepada app store dan google play.



   
  BABOLAT PLAY RACQ UETS


Raket janama terkemuka ini,telah mencipta satu inovasi raket tenis di mana ia mampu mengutip segala data yang di lakukan oleh pemain yang mengunakan raket ini,raket ini memiliki kelebihan yang menarik kerana ia boleh  mengira jumlah masa yang penguna mengunakan raket ini ,berapa kali pukulan  forehand/backhand yang di lakukan oleh penguna,kelajuan membuat service, jumlah smash yang berjaya ,volley,spin bola  tenis, lokasi bola arah bola selepas membuat pukulan dan lain-lain.
Selain itu bagi memudahkan penguna,raket ini juga memiliki aplikasi di dalam mana mana telefon pintar.Ia terdapati di dalam ios dan juga android, di dalam aplikasi itu ia merupakan ringkasan kumpulan data yang telah di perolehi.Tambahan pula dengan memiliki Bluetooth connection.Ia sangat membantu dan mesra penguna kepada pengunanya.



 POWER BALACE 

 Power Balance merupakan gelang yang  mempunyai "Mylar Holographic Disc" ataupun "Hologram" yang tertanam dengan frekuensi elektrik di dalam gelang tersebut yang dapat mengembalikan keseimbangan elektrik badan kita. Ini menggalakkan pertukaran bebas daripada ion positif dan negatif yang mengembali serta mengoptimumkan keseimbangan elektro-magnet dalam tubuh manusia. Ia berfungsi memberikan kita keseimbangan graviti yang lebih baik, pergerakan yang lebih baik, tindak balas sinaptik yang lebih cepat(fungsi otak), tindak balas otot yang lebih cekap, meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerapkan oksigen dan sebagainya



YONEX POWER CUSHION


Ciri utama semua kasut Yonex adalah Power Cushion yang dapat menyerap renjatan kemudian menukarkan kesan tenaga untuk pergerakan kaki seterusnya dengan cepat dan ringan. Lapisan keras atas dan bawah menyerap renjatan sebanyak 30% berbanding dengan Power Cushion asal dan memberi lebih kurang 5% repulsi untuk meningkatkan pemindahan tenaga. Apabila sebiji telur jatuh dari atas sebanyak 7 meter ke atas Power Cushion, telur tersebut akan melantun setinggi 4 meter tanpa pecah.


POLAR FT1 HEART-RATE MONITOR

Monitor kadar jantung ini adalah alat pengukuran kadar jantung dalam masa nyata atau merekodkan kadar jantung untuk kajian yang selanjutnya. Alat ini biasa digunakan oleh atlit pelbagai jenis latihan fizikal.

Monitor ini terbahagi kepada dua iaitu satu pemancar tali dada dan satu lagi ialah alat penerima pergelangan tangan(berbentuk jam tangan). Pemancar tali ini diperbuat daripada kain pintar konduktif yang mengandungi mikropemproses untuk menganalisis isyarat EKG untuk menentukan kadar jantung.

Salah satu fungsi monitor ini adalah menetapkan zon sasaran berdasarkan "HR-based target zones with visual and audible alarm" Kita boleh menetapkan zon sasaran kita untuk sesi latihan berdasarkan kadar jantung bagi membantu kita dalam menentukan intensiti yang sesuai. Apabila kita berada di luar zon yang ditetapkan sebelum itu, monitor ini akan mengeluarkan isyarat dan bunyi alarm.


 SIM GUARD ELEKTRONIK



Teknologi ini diletakkan diantara tumit dan kaki yang mana ia tidak menggangu pemain ketika beraksiPenggunaan teknologi ini mampu mengatasi kelicikan pihak lawan ketika beraksiAlat ini juga dapat mengesan diving,ini akan menjadikan pemain yang memakai alat ini akan mengetahui setiap gerak geri pihak lawan.


 Sensor  Glove


Sensor Glove adalah sarung tangan digital yang boleh mengukur tahap tekanan cengkaman. Ia direka dengan pemantau berkomputer si belakang sarung tangan ini yang memaparkan bacaan tekanan genggaman anda. Semua pengguna sarung tangan ini boleh memasukkan tekanan sasaran mereka pada skala sebelum bermain golf.
Sarung tangan ini membaca dan memaparkan tekanan. Jika tekanan genggaman ketat atau longgar daripada yang diperlukan, penggera digital memberi amaran kepada pengguna supaya pengguna boleh membetulkan tekanan dan genggaman mereka. Dengan cara ini mereka boleh 'swing'kan bola golf tersebut tersebut dengan sempurna


 TRUSOX


Trusox merupakan satu teknologi yang diletakkan pada stokin. Trusox merupakan pemenang “The Sport Technology” pada tahun 2015 melalui dua kategori iaitu peralatan terbaik dan pakaian techlonogi terbaik (prestasi). Antara kelebihan trusox adalah ia dapat mengelakkan kaki anda dari tergelincir ketika bersukan. Selain itu ianya juga dapat meningkatkan kelajuan, ketangkasan dan keselematan kaki anda. Suarez, pemain bola sepak terkenal antara atlet yang mengakui kehebatan teknologi ini.



ODM REVERSE DIGITAL WATCH GADGET 2010



ODM Reverse Camera Watch. Gadget terbaru berbeza jam tangan digital canggih ODM Reverse Camera Watch. Mempunyai reka bentuk funky, butang untuk tetapan masa dan mengubah mode, watches DRD juga ciri matte finish plastik membuat ODM Reverse Camera Watch kalis air.
Swapping lokasi butang dan skrin LCD pada jam digital ODM telah dilakukan denganReverse Double reka bentuk digital, radikal meningkatkan fungsi. Meletakkan program dan butang mod di atas, jauh lebih hartanah dan lebih mudah ditekan.

Gambaran masa condong di sisi bahagian atas dan bawah menjadi lebih mudah dibaca dari sudut mana-mana tanpa perlu mengubah pergelangan tangan. Jika anda ingin satu, ODM Reverse Camera Watch datang dalam pelbagai warna funky termasuk, hijau, merah, hitam dan putih dan terdapat sebanyak $ 120 dari Watchismo

Jumaat, 5 Mei 2017

10 VIDEO KELAKAR DALAM SUKAN




Untuk tugasan yang seterusnya saya telah diminta untuk mencari video berkaitan teknologi dalam bidang sukan yang mempunyai unsur humor.
































Rabu, 3 Mei 2017

ISU TEKNOLOGI PENDIDIKAN



Dalam tugasan seterusnya, kami telah diminta untuk menghasilkan satu isu berkaitan bidang teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan sukan. saya telah memilih isu tentang "penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah".


ISU: PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH

Dalam tugasan ini akan membincangkan tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah. ICT (Information Communication Technology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula teknologi digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi.

Perbincangan ini juga menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tepat dan berfokus. Peranan guru dalam penggunaan teknologi terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan. Penggunaan alat- alat teknologi semasa sesi P&P bukan sahaja menjadikan sesi tersebut lebih menarik dan mudah, tetapi mampu meningkatkan minat dan fokus para pelajar.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa penggunaan ICT dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam penggunaan ICT ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PENMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH

Teknologi yang semakin moden pada masa kini telah memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam Pendidkan Jasmani dan Kesihatan. Ketika aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dilakukan, pengajar boleh menggunakan perakam video untuk merakam teknik-teknik pelajar semasa bermain sesuatu permainan, kemudian dapat menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan penambahbaikan. Penggunaan model perakam video monitor LCD yang baru boleh mendapat maklum balas dengan serta merta. Penggunaan teknologi ini adalah untuk membantu pelajar memahami apa corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk kemahiran mereka dari masa ke masa. manakala video yang dihasilkan juga boleh digunakan untuk menunjukkan teknik yang betul kepada pelajar, terutama apabila pengajar tidak mempunyai kepakaran.

Oleh yang demikian, bagi guru-guru yang menggunakan video kamera dalam pengajaran pendidikan jasmani harus memainkan pita kamera dengan serta-merta selepas setiap prestasi, menggunakan maklum balas secara lisan dan memberi isyarat semasa memainkan pita, gunakan video secara berulang kali, ‘zoom in’ untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu, menukar sudut kamera, termasuk perspektif alam sekitar, dan menonton skrin yang berpecah. Dengan adanya kemudahan ini, sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang dipelajari sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam sukan.


KESAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH

Penggunaan ICT dalam pendidikan ini juga mempunyai banyak kesan sama ada positif mahupun negatif. Namun penggunaan teknologi ini lebih banyak memberikan kesan yang positif dimana ianya dapat membantu guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sebagai contoh penghasilan perisian berbantukan multimedia-komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Tingkatan Lima, membantu pelajar sekolah manfaatkan kehebatan teknologi teknologi maklumat dalam p&p mata pelajaran sukan. Guru mata pelajaran PJK boleh mempelbagaikan kaedah p&p, iaitu selain daripada menggunakan kemudahan fizikal seperti padang atau gelanggang, mereka juga boleh melaksanakan p&p di makmal komputer dengan menggunakan perisian yang direkacipta itu. Begitu juga dengan ujian kecergasan pelajar di sekolah boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa peralatan yang telah direka cipta seperti pembangunan makmal pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), Alat Ujian Tekan TubiMenggunakan Sensor, Alat Ujian Lompat Jauh Berdiri Menguji Kekuatan Otot Berelektronik, Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Subjek Kecergasan Fizikal dan sebagainya.

Manakala dalam bidang sukan pula, para jurulatih di sekolah khususnya, boleh mengadaptasikan penggunaan teknologi untuk membolehkan para atlet mendapat kesan yang positif dalam latihan dan seterusnya menjulang kecemerlangan dalam kejohanan yang disertai. Sebagai contoh, terciptanya alat pengesan batal dalam acara lompat jauh menggunakan sensor, alat koordinasi menggelecek bola keranjang berelektronik bagi ujian kecergasan fizikal, analisis kinematik pergerakan kaki dalam latihan sukan lawan pedang menggunakan alat bantuan latihan, alat kiraan mata berelektronik dalam sukan netbal dan sebagainya.

Di antara kelebihan penggunaan semua hasil rekacipta yang dinyatakan ini adalah, ianya lebih murah berbanding dengan kos yang perlu dibelanjakan sekiranya menggunakan peralatan yang sama yang terdapat di pasaran, baik dari dalam atau luar negara. Sebagai contoh, rekacipta dan pembangunan Makmal Pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk Sekolah-sekolah di Malaysia yang mengandungi tujuh stesen ujian hanya menelan belanja sekitar lebih kurang RM5000 sahaja, sedangkan kos di pasaran melebihi RM30,000. Keadaan ini menunjukkan hasil rekacipta teknologi sukan tempatan amat kompeten dan boleh bersaing di peringkat global dengan bukan sahaja hasil yang sama mutunya dengan keluaran luar negara, malah boleh dimiliki dengan harga yang amat rendah, berpatutan dan mampu milik.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemajuan teknologi moden adalah salah satu faktor yang turut mempengaruhi pembaharuan pesat berlaku dalam dunia pendidikan. Peranan teknologi semakin dirasakan oleh pelbagai sektor terutama sektor perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran dan pendidikan. Pihak Kementerian Pelajaran harus mewujudkan dana khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan teknologi kepada guru dan pendidik serta menyediakan pusat latihan dalam bidang tersebut agar mereka menjadi mahir dalam bidang tersebut. Akhir sekali, pendidik serta pelajar haruslah mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi dengan lebih berkesan. Setiap individu harus tahu bagaimana untuk menggunakan semua teknologi yang ada supaya tidak bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.



5 SARANAN


5 SARANAN TENTANG KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN:

i. Memberi peluang kepada guru dalam memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual yang mana lebih berfokuskan aktiviti dan masalah sebenar.

ii. Dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya

iii. Guru boleh menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point, komputer dan gambar boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ini kerana apabila pelajar diberi peluang mencari maklumat sendiri atau berkumpulan, pelajar akan mudah dan lebih faham tentang subjek yang dipelajar.

iv. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Ini kerana akan memudahkan pengajaran guru didalam kelas dan mampu menarik perhatian pelajar.



v. Pelajar boleh menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan (words), pangkalan data (database), dan grafik (kaku atau bergerak), serta boleh membuat pembentangan tugasan menggunakan alat-alat teknologi

Selasa, 2 Mei 2017

Bahan bantu mengajar


Untuk tugasan seterusnya kami telah diminta untuk memilih alat bantu mengajar yang ingin dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Saya telah memilih bat pingpong sebagai BBM kerana saya mendapati sukan ini kurang diketengahkan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Maka pendedahan harus diberikan sebagai maklumat baru kepada pelajar terutamanya untuk lebih memahami mengenai sesuatu sukan tersebut.











Ahad, 30 April 2017

KULIT BUKU


Dalam tugasan seterusnya, kami perlu mengahasilkan kulit buku yang mana berdasarkan sesuatu sukan.


Jumaat, 28 April 2017

COVER CD



Esei Kumpulan

Kumpulan kami telah diberi tajuk "Kemudahan Infrastruktur sukan di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi" sebagai fokus projek kajian kursus GGGE2153 iaitu Teknologi Pendidikan. Infrastruktur sukan memainkan peranan penting dalam mencapai kecemerlangan dalam arena global sukan. Bukan sahaja membantu dalam menghasilkan ahli sukan bertaraf antarabangsa, tetapi juga menggalakkan golongan belia negara untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan untuk mewujudkan budaya sukan. Dalam pendidikan, kemudahan prasarana adalah merupakan perkara penting selepas pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat membantu keberkesanan pengajaran. Kemudahan infrastruktur sangat penting bagi memastikan penglibatan pelajar aktif dalam aktiviti sukan. Infrastruktur sukan boleh diertikan sebagai pembinaan kemudahan sukan seperti gelanggang, padang dan peralatan-peralatan permainan sesuatu sukan tersebut.






 




GGGE 2153

TEKNOLOGI PENDIDIKAN


TAJUK:

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR SUKAN DI SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI 

BANDAR BARU BANGI


PENSYARAH:

MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN


AHLI KUMPULAN:

NURUL HANANI BINTI JAMALUDDIN (A153022)

NUR IRYANI BINTI ABDUL MAJAID (A155541)

SITI NUR ISMAT BINTI CHE NORDIN (A154071)

NURULHUDA AMIRAH BINTI ZAKARI (A154591)

AMIRUL ASYRAF BIN SAMSURI (A155518)

MUHAMMAD ALIFF BIN JAMALUDDIN (A156753)

AFIQ IRFAN BIN KAMARUDDIN (A155640)

ABDUL MUHARRAM BIN ADNAN (A156742)

JENNY UCHING (A156031)



FAKULTI PENDIDIKAN

PROGRAM SUKAN DAN REKREASI


PENDAHULUAN

Infrastruktur sukan memainkan peranan penting dalam mencapai kecemerlangan dalam arena global sukan. Ia bukan sahaja membantu dalam menghasilkan ahli sukan bertaraf antarabangsa, tetapi juga menggalakkan golongan belia negara untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan untuk mewujudkan budaya sukan. Di India, taraf infrastruktur sukan tidak berada pada tahap memuaskan kerana sebab-sebab yang tertentu. Kekurangan kemudahan infrastruktur adalah salah satu halangan utama dalam proses pembangunan sukan di India. Beberapa tahun kebelakangan ini, pertumbuhan yang luar biasa telah diperhatikan dalam sukan India dengan pementasan mega-peristiwa. Kajian lepas berkaitan dengan kemudahan infrastruktur sedia ada dan sokongan kewangan bagi pendidikan jasmani dan sukan di Daerah Narsimhapur Madhya Pradesh di India, telah dinilai mengikut piawaian yang ditetapkan dalam pelan Kebangsaan Pendidikan fizikal yang dicadangkan oleh kerajaan India. Hasil mendapati bahawa segala pembangunan kemudahan Infrastruktur dan Sokongan Kewangan untuk permainan dan sukan adalah pada tahap yang rendah dan ketinggalan di belakang. 

Dalam pendidikan, kemudahan prasarana adalah merupakan perkara penting selepas pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat membantu keberkesanan pengajaran. Jika dilihat secara realitinya sekolah agama khususnya mempunyai kemudahan prasaran yang sangat kurang diberi perhatian berbanding dengan sekolah kebangsaan. Keadaan begitu mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa pelajar hanya perlu belajar melalui membaca, menulis dan menghafaz sahaja di sekolah. Menurut Suzalie Mohamad (2003:242), Sebuah sekolah yang berkualiti itu harus mempunyai prasarana yang lengkap.

Sesetengah pendapat mengatakan sekolah agama tidak perlu disediakan prasarana yang memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar berbanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan yang lain yang mana boleh dikatakan mengalami perubahan fizikal dan pertambahan prasarana yang menggalakkan. Oleh kerana faktor kemudahan dan prasarana sekolah adalah merupakan perkara yang mendorong keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pengkaji ingin melihat lebih dekat keadaan yang berlaku berhubung dengan prasarana atau kemudahan tersebut di salah sebuah sekolah agama masa kini dengan mengadakan satu kajian.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan sering dikaitkan dengan kemudahan infrastruktur yang mudah didapati di sekolah. Kemudahan infrastruktur sangat penting bagi memastikan penglibatan pelajar aktif dalam aktiviti sukan. Infrastruktur sukan boleh diertikan sebagai pembinaan kemudahan sukan seperti gelanggang, padang dan peralatan-peralatan permainan sesuatu sukan tersebut. Untuk menjadikan sesuatu sukan itu berjaya, kita perlu mempunyai lebih banyak infrastruktur. Bagaimana kita mahu maju dan membangunkan sukan ke tahap yang tinggi jika tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap. 

Setiap sekolah harus mempunyai peralatan dan kemudahan asas yang lengkap. Mengikut spesifikasi kemudahan sukan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran, setiap sekolah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya satu padang dan gelanggang di setiap sekolah tersebut. Seterusnya pihak kementerian juga harus menyediakan peralatan dan kemudahan tambahan yang lain bagi menambah peralatan dan kemudahan yang sedia ada. Ini bagi memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Sukan dan Jasmani ini di sekolah. 

Dengan ini, pelajar juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis peralatan dan kemudahan sukan dalam proses pembelajaran mereka. Ini akan mendedahkan mereka dengan penggunaan dan pengendalian sesuatu peralatan sukan tersebut. Ini seterusnya membantu pelajar dalam mengenal peralatan sukan tersebut dengan lebih mendalam dan merasai cara penggunaan dan pengendaliannya sendiri. Peralatan dan kemudahan yang lengkap ini boleh membantu guru dalam mengajarkan pelajar lebih banyak jenis permainan sukan. Peralatan dan kemudahan sukan yang lengkap ini memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Tanpa peralatan dan kemudahan yang lengkap, sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.


PENYATAAN MASALAH

Permasalahan yang timbul dalam isu kemudahan infrastruktur sukan di sekolah adalah kekurangan dana dan peruntukan untuk menyediakan kemudahan untuk pelajar. Bagi sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi, pihak sekolah mempunyai sumber kewangan yang terhad. Pihak sekolah hanya menyediakan kemudahan asas seperti peralatan untuk melakukan aktiviti sukan dan permainan, gelanggang bola tampar, padang dan gelanggang badminton. 

Pencapaian pelajar dalam aktiviti sukan adalah berhubungkait dengan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah. Kemudahan yang lengkap, tempat latihan yang sesuai dan peralatan yang mencukupi mendorong pelajar untuk melibatkan diri seterusnya memperoleh kejayaan dalam aktiviti sukan. 


TUJUAN KAJIAN 

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan kemudahan infrastruktur, mengkaji hubungan antara kemudahan infrastruktur dengan pencapaian pelajar dalam aktiviti sukan dan mengukur tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah di Sekolah Agama Rendah Integrasi, Bandar Baru Bangi.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tentang kemudahan infrastruktur sukan yang terdapat di sekolah. Berikut adalah objektif kajian ini: 

i. Mengenalpasti tahap keberkesanan kemudahan infrastruktur sukan di Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi

ii. Mengkaji hubungan antara kemudahan infrastruktur sukan dengan pencapaian pelajar dalam aktiviti sukan 

iii. Mengukur tahap kepuasan pelajar dengan kemudahan infrastruktur sukan yang disediakan di Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi


PERSOALAN KAJIAN

i. Sejauh manakah tahap keberkesanan kemudahan infrastruktur sukan di Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi?

ii. Adakah kemudahan infrastruktur sukan mempengaruhi pencapaian pelajar di Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi?

iii. Adakah kemudahan infrastruktur sukan yang disediakan memenuhi kepuasan pelajar di Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi?


METODOLOGI KAJIAN

Menurut Mouly (1970) dalam Mohamad Ibrahim (1995), penyelidikan boleh dianggap sebagai proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui perancangan, pengumpulan, penganalisisan dan penafsiran data yang sistematik. Pengumpulan data sangat penting dalam penyelidikan kerana penyelesaian masalah menjadi tidak lengkap tanpa disokong dari data. Oleh itu pemilihan metodologi kajian yang sesuai adalah penting untuk memastikan dapatan yang dihasilkan mempunyai kesahihan dan boleh dipercayai.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan kemudahan infrastruktur, mengkaji hubungan antara kemudahan infrastruktur dengan pencapaian pelajar dalam aktiviti sukan dan mengukur tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah di Sekolah Agama Rendah Integrasi, Bandar Baru Bangi.

REKA BENTUK KAJIAN

i. Kaedah Kuantitatif

Reka bentuk kajian ialah dengan menggunakan kaedah kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Kaedah ini mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah segala data yang dikaji senang diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan yang dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan yang lebih tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan.

Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada hasil pengumpulan data borang soal selidik. Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod, dianalisis, dan disimpulkan. 

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Menurut Gay dan Airasian (2003) “Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan”. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian.

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan: 

i. 30 orang responden 

ii. Terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan

iii. Umur 12 tahun

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan dua instrumen kajian iaitu:

i. Temu bual

Pengkaji menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk diajukan kepada guru dan sesi temu bual telah berlansung selama 1 jam 30 minit termasuk lawatan ke sekitar sekolah

ii. Soal selidik

Menurut Openheim(1983), penggunaan soal selidik dapat meliputi sampel yang besar dengan kos yang sederhana dan juga dapat memberikan persampelan yang lebih tepat. Instrumen ini hanya memerlukan peralatan kertas dan pensil yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa untuk mengumpul data. Instrumen soal selidik yang di bina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. 

Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 responden. Menurut R. Kuberanetal, 2013 borang soal selidik ini sekurang-kurangnya mengandungi 3 bahagian iaitu:

Bahagian A Demografi 
Bahagian B - Mengenalpasti tahap keberkesanan kemudahan infrastruktur sukan
Bahagian C – Mengkaji hubungan antara kemudahan infrastruktur sukan dengan pencapaian pelajar dalam aktiviti sukan 
Bahagian D – Mengukur tahap kepuasan pelajar dengan kemudahan infrastruktur sukan yang disediakan
Bahagian E – Cadangan penambahbaikan daripada responden

Soal selidik ini terdiri daripada soalan tertutup yang menggunakan lima skala yang perlu diisi oleh responden. Skala Likert yang biasanya dibina dalam bentuk skala berperingkat dan digunakan secara meluas dalam kajian penyelidikan. Skala yang dimaksudkan adalah seperti jadual dibawah:

Skor Peringkat 

5 Sangat setuju 

4 Setuju 

3 Kurang Pasti 

2 Tidak Setuju 

1 Sangat Tidak Setuju 

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil kajian yang telah di kumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar di sekolah rendah agama integrasi Bandar baru bangi. Hasil dapatan kajian ditunjukkan dengan menggunakan graf bar.

Bahagian A : Demografi 


Berdasarkan rajah di atas, jumlah responden perempuan adalah lebih besar berbanding lelaki. Seramai 17 orang responden adalah perempuan dan orang responden adalah pelajar lelaki. 

Peringkat umur



Target peringkat umur responden untuk kajian ini adalah pada tahap 10 sehingga 12 tahun. Namun demikian atas sebab-sebab tertentu responden untuk kajian ini adalah terdiri daripada umur 12 tahun sahaja. 



Target pengkaji untuk tahun responden untuk kajian ini adalah pada tahun 4 sehingga tahun 6. Namun demikian atas sebab-sebab tertentu responden untuk kajian ini adalah terdiri daripada tahun 6 sahaja. 



BAHAGIAN B: MENGENALPASTI TAHAP KEBERKESANAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR SUKAN DI SEKOLAH 

Soalan 1 : . saya rasa kekurangan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah memjejaskan pencapaian sukan pelajar. 



Rajah 1

Berdasar rajah 1, 15 orang pelajar kurang pasti akan kekurangan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah menjejaskan pencapaian sukan pelajar, 7 orang pelajar kurang setuju, 6 orang pelajar setuju akan kekurangan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah menjejaskan pencapaian sukan pelajar dan 1 orang pelajar sangat tidak setuju dan tiada pelajar yang sangat setuju kekurangan kemudahan infrastruktur sukan disekolah menjejaskan pencapaian sukan pelajar.


Soalan 2 : saya rasa persekitaran kemudahan bersih dan selamat digunakan 



Rajah 2

Berdasarkan rajah 2, seramai 11 orang pelajar kurang pasti dengan persekitan kemudahan yang disediakan dalam keadaan bersih dan selamat digunakan, manakala 9 orang pelajar sangat setuju, 7 orang pelajar setuju dan terdapat 3 orang pelajar kurang setuju berdasarkan pemerhatian mereka. 


Soalan 3 : . saya rasa peralatan sukan berfungsi sepenuhnya 



Rajah 3

Berdasarkan rajah 3, sebilangan besar pelajar setuju bahawa peralatan sukan yang disediakan berfungsi sepenuhnya. Seramai 13 orang pelajar setuju, manakala 7 orang pelajar kurang pasti, 6 orang pelajar sangat setuju dan terdapat juga seorang pelajar kurang setuju dan sebilangan kecil sangat tidak setuju akan persoalan yang dinyatakan.


Soalan 4 : saya rasa peralatan sukan mengikut standard pelajar 



Rajah 4

Berdasarkan rajah 4, seramai 13 orang pelajar setuju dengan peralatan sukan disekolah yang tersedia mengikut standard pelajar. Manakala 7 orang pelajar sangat setuju, 4 orang pelajar kurang pasti dan 3 orang pelajar kurang setuju. Seorang pelajar sangat tidak setuju bahawa peralatan sukan yang tersedia mengikut standard pelajar. 


Soalan 5 : saya rasa peralatan diselenggara dengan baik. 



Rajah 5

Berdasarkan rajah 5, seramai 5 orang pelajar sangat setuju bahawa peralatan sukan diselenggara dengan baik dan 12 orang pelajar hanya setuju dengan kenyataan tersebut, Namun, terdapat 10 orang pelajar masih kurang pasti dan 3 orang pelajar kurang setuju. 


Soalan 6 : saya rasa sekolah mempunyai buku rekod pinjaman peralatan. 


Rajah 6

Berdasarkan rajah 6, 12 orang pelajar sangat setuju bahawa sekolah mempunyai buku rekod pinjaman peralatan dan 7 orang pelajar setuju. Manakala terdapat 7 orang pelajar kurang pasti samaada sekolah mempunyai buku rekod pinjaman peralatan, 3 orang pelajar kurang setuju dan hanya seorang pelajar sangat tidak setuju. 


Soalan 7: Saya rasa susun atur peralatan di stor sukan adalah dalam keadaan teratur. 



Rajah 7

Berdasarkan rajah 7, sebilangan besar iaitu seramai 17 orang pelajar setuju bahawa susun atur peralatan di stro sukan adalah dalam keadaan teratur. Manakal 9 orang pelajar sangat setuju, 3 orang pelajar kurang pasti dan hanya seorang sangat tidak setuju. 


Soalan 8: saya rasa kemudahan dan peralatan yang lengkap menarik minat pelajar. 

Rajah 8

Berdasarkan rajah 8, seramai 14 orang pelajar sangat setuju bahawa kemudahan dan peralatan di sekolah lengkap dan menarik minat pelajar. manakala 9 orang pelajar setuju, 3 orang pelajar kurang pasti, 3 orang kurang setuju dan seorang pelajar sangat tidak setuju bahawa perlatan di sekolah adalah lengkap dan menarik minat pelajar. 


Soalan 9: saya rasa pihak sekolah sentiasa menambahbaik peralatan sedia ada 


Rajah 9

Berdasarkan rajah 9, majoriti pelajar sangat setuju dan setuju yang pihak sekolah sentiasa menambahbaik peralatan sedia ada untuk kegunaan pelajar. Namun demikian, masih terdapat 7 orang pelajar yang kurang pasti dengan tindakan pihak sekolah dalam menambahbaik peralatan sedia ada dan hanya seorang pelajar kurang setuju. 


Soalan 10 : saya rasa peralatan dan kemudahan sukan di sekolah sesuai untuk semua sukan 


Rajah 10

Berdasarkan rajah 10, sebilangan besar pelajar sangat setuju dan setuju dengan kemudahan sukan di sekolah sesuai untuk kegunaan semua jenis sukan. Manakala, terdapat 7 orang pelajar kurang pasti, 4 orang pelajar kurang setuju dan seorang sangat tidak setuju. 



BAHAGIAN C: MENGKAJI HUBUNGAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR SUKAN DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM AKTIVITI SUKAN

Soalan 1: Saya berpendapat penambahbaikan kemudahan sukan bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam sukan. 


Rajah 11

Berdasarkan rajah 11, seramai 15 orang pelajar sangat setuju dan 11 orang pelajar setuju bahawa penambahbaikan terhadap kemudahan sukan akan meningkatkan prestasi pelajar dalam sukan. Masih terdapat seramai 3 orang pelajar kurang pasti dan seorang pelajar sangat tidak setuju bahawa peningkatan prestasi pelajar adalah berkaitan dengan penambahbaikan yang dilakukan terhadap kemudahan sukan. 


Soalan 2 : Saya merasa penyediaan kemudahan infrastruktur yang baik di sekolah mampu meningkatkan program sukan. 


Rajah 12

Berdasarkan rajah 12, sebilangan besar pelajar setuju penyediaan kemudahan infrastruktur yang baik mampu meningkatkan program sukan di sekolah .


Soalan 3 : Saya merasa peralatan sukan di stor sekolah mudah didapati.


Rajah 13

Berdasarkan rajah 13, seramai 5 orang pelajar sangat setuju dan 11 orang pelajar setuju bahawa peralatan sukan di stor sekolah mudah didapati untuk kegunaan pelajar. Manakala 9 orang pelajar kurang pasti, 3 orang pelajar tidak setuju dan hanya seorang sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut. 


Soalan 4: Saya berpendapat kemudahan infrastruktur sukan di sekolah masih perlu diperbaiki bagi meningkatkan pembangunan pelajar 


Rajah 14

Berdasarkan rajah 14 , seramai 7 orang pelajar sangat setuju dan 11 orang pelajar setuju bahawa kemudahan infrastruktur sukan di sekolah masih perlu diperbaiki bagi meningkatkan pembangunan pelajar. Namun terdapat seramai 9 orang pelajar kurang pasti, 2 orang pelajar tidak setuju dan 2 orang pelajar sangat tidak setuju bahawa kemudahan infrastruktur sukan boleh meningkatkan pembangunan pelajar dalam bidang sukan. 


Soalan 5: Saya rasa kemudahan yang sedia ada mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam sukan 

Rajah 15

Berdasarkan rajah 15, hasil kajian mendapati sebilangan besar pelajar adalah sangat setuju dan setuju bahawa kemudahan yang sedia ada mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam sukan. Namun masih terdapat 7 orang pelajar kurang pasti dan 3 orang pelajar tidak setuju dengan penyataan tersebut. 


Soalan 6: Saya rasa prestasi atlit meningkat sekiranya kemudahan infrastruktur sentiasa disenggara 

Rajah 16

Berdasarkan rajah 16 , jumlah pelajar yang setuju bahawa prestasi atlit meningkat sekiranya kemudahan infrastruktur sentiasa disenggara dengan baik adalah seramai 17 orang. Manakala, masih terdapat seorang pelajar yang kurang pasti dan seorang pelajar sangat tidak setuju.


Soalan 7: Saya rasa pihak sekolah memberikan penekanan terhadap penggunaan peralatan dan kemudahan sukan semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah 

Rajah 17

Berdasarkan rajah 17, hasil kajian mendapati sebilangan besar pelajar kurang pasti dan tidak setuju bahawa pihak sekolah memberikan penekanan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah. Hanya 7 orang pelajar yang sedar dan sangat setuju bahawa pihak sekolah memberikan penekanan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah.


Soalan 8: Saya rasa sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan kemudahan sukan

Rajah 18

Berdasarkan rajah 18, majoriti pelajar bersetuju bahawa sekolah sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan kemudahan sukan.


Soalan 9: Saya rasa kemudahan infrastruktur rosak membantu berlakunya kecederaan pada pelajar atau atlit 

Rajah 19

Berdasarkan rajah 19, hasil kajian mendapati sebilangan besar pelajar iaiti seramai 13 orang sangat setuju dan 7 orang pelajar setuju bahawa kemudahan infrastruktur yang rosak menyebabkan berlakunya kecederaan pada pelajar semasa menggunakanya. Namun masih terdapat sebilangan kecil yang kurang pasti dan tidak setuju dengan pernyataan tersebut. 


Soalan 10: Saya rasa kekurangan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah menjejaskan prestasi pelajar 

Rajah 20

Berdasarkan rajah 20, hasil kajian mendapati bahawa faktor kekurangan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah menjejaskan prestasi pelajar. hal ini kerana, hasil kajian menunjukkan seramai 5 orang pelajar sangat setuju dan 11 orang setuju dengan penyataan tersebut. Namun masih terdapat 9 orang pelajar kurang pasti, seorang pelajar tidak setuju dan 5 orang pelajar sangat tidak setuju. 


BAHAGIAN D: MENGUKUR TAHAP KEPUASAN PELAJAR DENGAN INFRASTRUKTUR SUKAN YANG DISEDIAKAN DI SEKOLAH.

Soalan 1: Saya merasa padang dan gelanggang selamat digunakan 

Rajah 21

Berdasarkan rajah 21, hasil kajian menunjukkan seramai 5 orang pelajar sangat setuju dan 9 orang pelajar setuju bahawa padang dan gelanggang yang disediakan oleh pihak sekolah adalah selamat untuk digunakan. Namun, masih terdapat sebilangan besar pelajar seramai 11 orang yang kurang pasti, 3 orang pelajar tidak setuju dan hanya seorang pelajar sangat tidak setuju.


Soalan 2 : Saya merasa barang sukan berkualiti dan terjaga 

Rajah 22

Berdasarkan rajah 22 , hasil kajian menunjukkan bahawa barang sukan yang tersedia adalah berkualiti dan terjaga. Hal ini kerana seramai 5 orang pelajar sangat setuju dan 11 orang pelajar setuju dengan penyataan tersebut. Hanya sebilangan kecil yang tidak setuju. 


Soalan 3: Saya rasa barang sukan mencukupi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran 

Rajah 23

Berdasarkan rajah 23, hasil kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar adalah bersetuju bahawa barang dan kelengkapan sukan adalah mencukupi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya seorang yang tidak setuju dan sebilangan kecil kurang pasti akan perkara tersebut. 


Soalan 4: Saya rasa keadaan stor sukan yang kemas memudahkan saya mencari peralatan 


Rajah 24

Berdasarkan rajah 24, hasil kajian mendapati majoriti pelajar adalah sangat setuju dan setuju bahawa keadaan stor sukan yang kemas memudahkan mereka mencari peralatan yang diperlukan. Hanya sebilangan kecil masih kurang pasti dan sangat tidak setuju. 


Soalan 5: Saya rasa keceriaan stor sukan memberi keselesaan kepada saya 

Rajah 25

Berdasarkan rajah 25, hasil kajian menunjukkan bahawa faktor keceriaan stor sukan memberi keselesaan terhadap pelajar untuk menggunakannya. Seramai 13 orang pelajar sangat setuju dan 9 orang pelajar setuju dengan perkara tersebut. Namun masih terdapat sebilangan kecil yang masih kurang pasti dan tidak setuju. 


Soalan 6: Saya berpendapat panduan yang jelas memudahkan saya menggunakan peralatan sukan 


Rajah 26

Berdasarkan rajah 26, hasil kajian mendapati majoriti pelajar adalah sangat setuju dan setuju bahawa panduan yang jelas memudahkan saya mereka menggunakan peralatan sukan. Seramai 11 orang pelajar sangat setuju dan 13 orang pelajar setuju. Hanya 5 orang pelajar kurang pasti, 2 orang pelajar tidak setuju dan 2 orang sangat tidak setuju. 


Soalan 7: Saya melihat kawasan persekitaran padang sentiasa dalam keadaan terjaga 


Rajah 27

Berdasarkan rajah 27, hasil kajian menunjukkan separuh pelajar kurang setuju bahawa persekitaran padang dalam keadaan terjaga. Hal ini kerana keadaan padang yang tersedia dalam keadaan yang memuaskan. 


Soalan 8: Saya rasa lokasi gelanggang yang strategik menjimat masa saya 


Rajah 28

Berdasarkan rajah 28, hasil kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar kurang pasti bahawa lokasi gelanggang adalah strategik dan menjimat masa pelajar. Hal ini kerana lokasi gelanggang adalah di bahagian belakang dan gelanggang yang digunakan adalah jenis gelanggang serbaguna. Hanya 3 orang pelajar sangat setuju dan 7 orang pelajar setuju. Masih terdapat 3 orang pelajar tidak setuju bahawa lokasi gelanggang adalah strategik dan menjimat masa pelajar. 


Soalan 9: Saya merasa sekolah mempunyai infrastruktur yang lengkap 

Rajah 29 

Berdasarkan rajah 29, hasil kajian menunjukkan 11 orang pelajar setuju bahawa sekolah mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap. Namun demikian masih terdapat sebilangan besar yang kurang pasti dan seramai 5 orang pelajar tidak setuju dan hanya seorang pelajar sangat tidak setuju.


Soalan 10: Saya rasa keadaan persekitaran gelanggang selamat 

Rajah 30

Berdasarkan rajah 30, hasil kajian menunjukkan bahawa keadaan persekitaran gelanggang adalah selamat digunakan adalah pada tahap yang memuaskan. Hal ini kerana seramai 3 orang pelajar sangat setuju dan 11 orang pelajar setuju. Manakala 11 orang pelajar kurang pasti, 3 orang pelajar tidak setuju dan seorang pelajar sangat tidak setuju. 



BAHAGIAN E : PANDANGAN RESPONDEN 

Berikut adalah pandangan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah berkaitan tentang kemudahan infrastruktur sukan di sekolah yang diberikan oleh responden. 

  • Membuat lebih banyak gelanggang badminton. 
  • Menjaga kebersihan padang. 
  • Menceriakan stor sukan supaya pelajar lebih tertarik. 
  • Membaiki peralatan sukan. 
  • Menambah padang untuk bola sepak. 
  • Membaiki padang supaya tiada lecak. 
  • Buat court futsal. 
  • Menambahkan lagi peralatan sukan. 
  • Menyediakan lebih banyak kemudahan. 
  • Membersihkan kawasan padang sekolah. 
  • Menjaga barang dengan baik. 
  • Memasang kipas besar di gelanggang. 
  • Menceriakan padang sekolah. 
  • Menyediakan tempat seperti tempat lompat tinggi, lompat jauh dan lain-lain. 
  • Court badminton perlu dibesarkan. 
  • Menyusun alat permainan dengan teratur. 
  • Sentiasa menyediakan jaring untuk bermain badminton. 
  • Menambahkan bau yang wangi bukannya busuk dalam stor sukan. 
  • Menambahkan pasir untuk lompat jauh. 
  • Sekolah ini perlu sentiasa bersih dan terjaga. 
  • Sekolah perlu menaik taraf peralatan sukan supaya mudah nak masuk apa-apa jenis sukan yang kita mahu 

PERBINCANGAN

Daripada analisis yang dibuat secara keseluruhan tentang kemudahan infrastruktur sukan di Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Bangi berada pada tahap sederhana. Didapati kemudahan infrastruktur sukan seperti padang bola sepak, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring, padang bola baling, gelanggang sepak takraw dan badminton masih tidak begitu memuaskan. Status SRABBB sebuah sekolah di bawah Kemajuan Negeri Selangor (JAIS) yang masih baru menyebabkan kebanyakan kemudahan prasarana masih dalam tahap penyelenggaraan dan menaik taraf mungkin menyebabkan kebanyakan kemudahan belum sempurna. 

Selain itu, peralatan sukan seperti hoki, olahraga dan sukan-sukan lain yang terdapat di stor sukan juga berada pada tahap yang kurang memuaskan. Walaupun bilik sukan yang terdapat di sekolah ini diselenggara oleh guru-guru tertentu bagi tujuan mengawal selia peralatan sukan yang terdapat di dalamnya namun ianya masih boleh ditingkatkan dari aspek kawalan keluar masuk barang dengan merekod setiap pergerakan keluar masuk barang menggunakan buku rekod kawalan keluar masuk atau buku stok. Pemantauan yang dilakukan oleh pihak sekolah juga menampakkan purata tahunan pemantauan atau check list barang dilakukan setahun sekali dan setiap barang yang didapati rosak atau berkarat akan digantikan dengan yang baru. 

Di samping itu, sumber kewangan juga faktor yang menyumbang kepada masalah pembangunan sukan di sekolah ini. Hal ini demikian kerana kelemahan dari aspek pengurusan kewangan dan kekurangan dana atau sumbangan daripada pihak tertentu. Ini menyebabkan wujudnya permasalahan dalam penyelenggaraan dan menambah baik kemudahan dan kelengkapan yang sedia ada. Secara purata sebanyak RM10 ribu dibelanjakan setiap tahun bagi tujuan menyelenggara infrastruktur sukan di sekolah ini yang melibatkan pembaikan infrastruktur yang sedia ada dan pelupusan alatan sukan yang telah rosak atau tidak boleh digunakan lagi. 

CADANGAN KAJIAN

Di sebalik masalah yang dihadapi oleh sekolah dalam mencapai taraf kemudahan yang lengkap di sekolah mereka, kami telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan kemudahan yang dihadapi. Sebagai sebuah sekolah swasta di bawah kerajaan negeri Selangor, masalah utama yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah kekurangan dana untuk mempertingkatkan kemudahan infrastruktur sekolah.

Salah satu cadangan yang kami telah kenalpasti adalah dengan memperolehi bantuan dan sokongan daripada golongan koporat untuk memberi dan menyumbangkan bantuan kewangan bagi menampung kos untuk membaiki kemudahan sedia ada yang rosak mahupun membina kemudahan yang belum ada di sekolah tersebut seperti gelanggang futsal. Dengan bantuan seperti ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi sukan dalam kalangan pelajar sekolah tersebut , namun dapat juga mengeratkan hubungan antara persekitaran sosial dengan pihak sekolah.

Selain daripada itu, mengenalpasti dengan jelas keperluan kemudahan dan peralatan setiap sukan yang sebenarnya. Dengan cara ini pihak sekolah dapat memberi keutamaan dalam menyediakan kemudahan yang lengkap di sekolah tersebut. Misalnya sekolah ini menjadikan bola sepak sebagai sukan yang utama kerana berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan seperti memasuki pertandingan peringkat sekolah. Oleh itu, pihak sekolah dapat memberi penekanan terhadap sukan ini dengan menyediakan kemudahan yang lengkap untuk pelajar menjalani latihan serta meningkatkan mutu prestasi pasukan. 

Cadangan yang seterusnya ialah, pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak persatuan-persatuan sukan yang lain dan di kalangan masyarakat. Kerjasama yang dimaksudkan adalah untuk membuat perancangan dan mengatur strategi untuk memenuhi keperluan persatuan sukan sekolah. Melalui cara ini, masyarakat dapat menilai dan membantu pihak sekolah untuk mengatasi masalah yang di hadapi.

Di samping itu, menggunakan kemudahan latihan di tempat lain. Selain daripada pusat latihan yang ada di sekolah sekarang, pihak sekolah juga boleh menggunakan kemudahan sukan yang ada di sekitar kawasan sekolah untuk mempertingkatkan lagi mutu latihan dan tidak hanya terikat dengan kekurangan kemudahan yang ada di sekolah sahaja. Pihak sekolah seharusnya mengetahui semua kemudahan dan peralatan sukan yang ada dalam masyarakat serta meminta kebenaran untuk menggunakan kemudahan dan peralatan mereka untuk tujuan latihan. Melalui cara ini juga, sekolah dapat mengurangkan dana kewangan bagi membina kemudahan di sekolah. 

Seterusnya, cadangan membina kemudahan sukan yang pelbagai guna. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh membina sebuah gelanggang dimana di gelanggang tersebut pelbagai aktiviti sukan boleh dijalankan. Misalnya, pembinaan gelanggang bola keranjang yang bukan sahaja sukan bola keranjang sahaja boleh dijalankan malah sukan yang memerlukan penggunaan gelanggang juga boleh dilaksankan seperti bola jaring dan futsal. Pembinaan kemudahan baharu untuk setiap sukan sudah pastinya memerlukan dana kewangan yang besar. Maka dengan adanya cadangan seperti ini, dapat menjimatkan kos kepada pihak sekolah. Cadangan ini juga dapat menjimatkan penggunaan kawasan di sekolah yang mana kawasan tersebut boleh didirikan kemudahan lain yang lebih memerlukan.

Pihak sekolah juga boleh membuka peluang kepada pihak luar untuk membina kemudahan di sekolah. Sistem ini dikenali sebagai ‘pajak’. Sistem ini dijalankan denga cara pihak luar membina kemudahan yang tidak ada di sekolah tersebut. Segala modal pembinaan adalah dari pihak luar tersebut. Sekolah boleh menyewakan kemudahan tersebut kepada masyarakat untuk menggunakannya dan hasil sewaan tersebut diberikan kepada pihak luar yang membina kemudahan tersebut. Dalam hal ini pihak sekolah tidak perlu mengeluarkan modal untuk menambah kemudahan, malah dapat menggunakan kemudahan tersebut secara percuma.

KESIMPULAN

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Pengkaji telah mengkaji daripada pelbagai aspek yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah yang telah menajadi lokasi kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar memberikan tindak balas positif yang mana mereka turut merasakan bahawa kemudahan infrastruktur sukan di sekolah amat penting pada masa kini. 

Infrastruktur sukan di sekolah memainkan peranan dalam menyumbang kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan. Pengkaji telah melihat bahawa tahap keberkesanan kemudahan sukan di sekolah rendah agama integrasi Bandar Baru Bangi berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini kerana, masih terdapat sebilangan kecil pelajar yang kurang pasti dan tidak bersetuju dengan persoalan-persolan yang dinyatakan oleh pengkaji. Anataranya ialah dari aspek kekurangan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah memjejaskan pencapaian sukan pelajar, prosedur penggunaan peralatan sukan dan sebagainya. 

Pihak sekolah perlu menekankan tentang kepentingan infrastruktur sukan kerana pencapaian pelajar dalam sukan adalah saling berkait dengan kemudahan yang disediakan. Apabila dengan adanya infrastruktur yang berkualiti serta lengkap, pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka selain menjaminkan keselamatan pelajar semasa bersukan. 

Akhir sekali, infrastruktur ada satu komponen penting dalam pencapaian sukan disekolah. Oleh itu,pihak sekolah hendaklah memainkan peranan penting untuk meningkatkan infrastruktur di sekolah untuk kepentingan bersama. 


RUJUKAN

Alter, Chester M. Final report submitted to the National University of Malaysia. Chester M.

Alter

Anizah Abdul Razak (2002), "Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan
sehubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Satu tinjauan ke atas Pelajar

Diploma dan Sarjana Muda KUiTTHO." Batu Pahat : UTHM

Gil Fried. 2015. Managing sport facilities. Kindle Edition

Hassan, A. (2009). Instrumen Penilaian pembimbing dalam perlaksanaan pembelajaran

berasaskan kerja (PBK) Pelajar di industri Univ Teknologi Malaysia, Thesis PhD

Kavita Verma and Biswajit Sardar. 2014. Infrastructure facilitie and financial support for

physical education: sport infrastructure and financial support. Lambert Academic

Publishing

Keehan, Alyssa S. (2009). Managing Risk in College Athelicts. The Chronicle og Higher

Education (Nov 22, 2009)

Kementerian Pelajaran Malaysia (1989). Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja

Kokurikulum Sekolah Menengah.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Anuar Abdul Rahman1 & Nor Azah Azman1 1 Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia

Omardin Ashaari (1999). Pengurusan Sekolah: Satu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur

Sulong Mohamad. Perancangan kemudahan awam dan infrastruktur sosial : konsep, prinsip

dan amalan. Sulong Mohamad

__________

BUTIRAN PERIBADI

NAMA : NURUL HANANI BINTI JAMALUDDIN NO MATRIK : ...